Malaysia merupakan rumah kepada lebih 307 spesies mamalia, daripada hidupan ikonik hingga ke penghuni kecil hutan yang memainkan peranan kritikal sebagai pendebunga, penyebar biji benih, dan pengawal rantaian makanan. Walaupun menjadi tunjang kepada kekayaan ekosistem hutan tropika kita, khazanah bernilai ini kini kian terancam akibat kehilangan habitat dan pemburuan haram. Lindungi kepelbagaian mamalia kita, kelestarian mereka adalah nadi hutan kita.